Tuesday, May 29, 2012

cuti cuti cuti!

salam to all...

yuhuu! cuti lagi...tapi cuti pun tak besh mane..assignment macam langit. sampai taktau nak wat yang mane dulu. cuti ni pun sekali ngan adik-adik. ape la aku nak wat cuti-cuti ni..preparation nak tunang pun 1 hape aku tak buat. tinggal lagi 3 bulan sebelum aku jadi tunang orang.tak leh dah nak nakal-nakal.kikiki~nakal ngan incik Hafiz jela.incik Hafiz pun sekarang busy bukan main...tinggal la aku keseorangan...wuwuwu~ =(

Thursday, May 24, 2012

Assignment oh assignment!

Salam to all...

busy sungguh la minggu ni..assignment dah sampai langit dah. Last Monday g HKL ade appointment. ntah kenape lepas amek darah tu terus pitam. tak penah-penah la nak pitam mase amek darah kali ni pitam pulak. mase amek darah kat pusat kesihatan yang selang seminggu tu pun tak pitam.pelik-pelik....udah la pitam gagah kan diri gak nak g kelas en.Ramli. naseb baek tak jadi wat biopsi.kalau tak memang tak g la kelas tu.

on Tuesday lak presentation for persuasion. memang teruk aku mase tu..entah macam mane sume bende yang dah praktis tak terkeluar.hilang berterabur semua.worst presentation ever!bengang je dengan diri sendiri. sekarang ni pulak aku nak siap kan video and presentation for information system.then nak focus on ETR. lucky me economy dah setel.

kat bawah ni gambar-gambar muke orang yang dh present plus gambar dengan dr. Dinna yang gorgeous.







ni la keadaan aku sekarang...aku sangat pening and penat.tapi takpe.name pun student kan
btw name tucen ni mickey.die ade adik name minnie.name bapak die gemok and name mak die ketot.
hihihi


p/s: aku sebenar nye tak leh dekat ngan tucen.alergik ngan kutu-kutu nye. ni tucen housemate shaye.

okeh.dah abeh menconteng.tata!

Sunday, May 20, 2012

hari-hari ialah hari ibu!

Salam to all...

orang selalu celebrate hari ibu mase first Sunday of May. tapi bagi aku kalau nak appreciate seorang ibu kite tak perlu pun nak tunggu special day. hari-hari pun kite boleh appreciate ibu kite. tak susah pun. kite doakan die, dengar cakap ibu. syurga tu bawah tapak kaki ibu. kenapa syurga tu letak bawah tapak kaki ibu? cuba bayangkan mase ibu kandung kan kite selama 9 bulan. bukan nye ringan kite ni.dengan morning sickness lagi.tapi diorang gagahkan jugak.lepas tu mase nak lahirkan kite.nyawa ibu-ibu kite ni kat hujung tanduk je. dapat pulak kalau macam aku. ibu aku masok labor room kul 12 tengah malam tapi aku lahir kul 9.55 pagi. tahap kesabaran ibu memang tinggi nak melayan kerenah anak masing-masing. ni nak cerite pasal ibu aku yang aku sayang..

ibu aku Puan Khairiyah Ab Rahman lahir kat Kuala Pilah.ibu anak sulung dari 5 beradik.ibu kawen dengan ayah mase umo ibu 25 taun.setaun lepas tu lahir la aku kat dunia ni. lepas tu selang 3 taun lahir angah.jarak kitaorang adik beradik semua 3 taun.alang taun 93,abang 96 and adik 99. dalam 5 orang adik beradik aku yang paling nakal aku and angah.paling degil aku la.paling suke membantah alang.paling gedik adik.paling baik of cos la abang. punye la nakal and degil aku ni sampai ibu tak leh nak kata ape dah.teruk btol perangai kan? sabar je ibu melayan kerenah anak die 5 orang ni.memang ibu orang yang paling sabar dengan kerenah aku ni.ibu tak pernah pukul anak-anak die.paling kuat pun die akan berleter 1 ari suntuk and kitorang pun kene la tadah telinge dengar leteran ibu.

sekarang bile umor dah macam ni aku nak balas balik jasa ibu. aku nak banggakan ibu. susah payah die kerja cari duet besar kan kitaorang ni memang tak terbalas tapi sekurang-kurang nye aku boleh bagi die kesenangan bile aku dah mule kerja nanti. sekarang ni pun ibu tengah sibuk buat preparation untuk majlis tunang aku. aku tau ibu excited sangat.

sebagai anak, hargai la pengorbanan ibu anda. susah payah die besarkan korang, melayan kerenah korang. say thank u to your mom and appreciate her as long as her live. nanti jangan menyesal tak sudah bile ibu dah takde lagi.


ni ibu saye. saye sayang die!
saye ikot rupe ibu kan? semua kata saye ni memang ibu junior version.
orang panggil ibu along and saye pun along gak.tapi along junior. 

okeh.dah abeh conteng.tata!

hepy teacher's day!

salam to all...

bile dah masok bulan May mule la orang-orang sibuk nak celebrate hari cikgu and hari ibu. kat Malaysia ni sambut hari cikgu pada 16 May.time ni la cikgu-cikgu dapat banyak hadiah especially cikgu sekolah rendah.aku tengok sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik ni sibuk bising kat mami diorang nak beli hadiah kat cikgu diorang. bukan sorang lak tu.kalau bleh sume cikgu die nak bagi.

nak cerite la pasal aku mase zaman sekolah dulu. mase sekolah rendah aku 4 kali pindah sekolah.dah macam anak tentera je. dari wangsa maju seksyen 1 pindah g seksyen 2 then g gombak setia and last sekali darjah 5 n 6 kat taman setia. sekolah menengah lak 2 kali pindah. form 1-3 kat gombak setia and 4-5 kat teknik gombak. mase zaman sekolah dulu aku ni memang la seorang yang nerd.hahahaha! dengan tudung labuh, baju besar dengan spek bujur tak berhagak.disebabkan tu jugak aku segan nak amek gambar.wat buruk gambar je. tapi perangai aku maintain same dari sekolah sampai sekarang. kepale angin.kat SMTG paling best.maybe sebab tu sekolah last aku kot. cikgu-cikgu class aku pun aku still remember name diorang. paling garang sekali cikgu math mase form two merangkap cikgu class aku.cikgu yusnurliza. die punye cubit memang lebam perot la.1 class kene. tapi takde lak kitorang nak mengadu ngan mak ayah mcm budak-budak sekarang ni.siket-siket mengadu. 

papehal pun zaman sekolah paling best. bile paper last SPM, sayu je rase...zaman sekolah dah habeh...lepas ni nak g IPT lak.teringat lak mase class electric aku mesti ponteng. bosan gile kot subjek tu. naseb baek la credit gak subjek tu.hihihi~kalau tak credit takkan la buleh wat dip in electronic. waaa!rindu gile kat zaman sekolah dulu...kat bawah ni lencana-lencana sekolah yang aku penah attend dulu.cume lencana masa darjah dua je takde...


ni lencana mase darjah 1. SK Wangsa Maju Seksyen 1


ni lak lencana mase darjah 3 and 4. SK Gombak Setia


yang ni mase darjah 5 and 6. SK Taman Setia


yang ni dari form 1 sampai form 3. SMK Gombak Setia


lastly, mase form 4 and 5. SMT Gombak. 
aku batch ketiga masok sekolah ni. mase aku kat sekolah ni lagu sekolah pun takde lagi

banyak kenangan mase sekolah dulu. papehal pun sayangi la sekolah anda. tu la tempat kite spend mase mude kite.hehehe. 6 jam woo dok kt sekolah selama 11 tahun.kikiki~

okeh. dah abeh conteng.tata!

Friday, May 18, 2012

Novel review - Isteri separuh masa



--Synopsis--

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

----------------------------------------------end of synopsis-----------------------------------------------

Ni novel kedua dari Suri Ryana yang aku bace. sebelum ni ISM aku dah bace first baby Suri M.A.I.D. dua-dua novel Suri besh. ISM ni aku bace dari blog Suri lagi (queenlpermaisuri.blogspot.com) . punye la excited nak tunggu new entry sampai kan hari-hari wajib bukak blog Suri. bile Suri kata nak dibukukan lagi la suke.tak sabar tunggu kuar. bile kuar je kat website Kaki Novel immediately order.guess what? dapat gak aku sign dari Suri.hepy3! tak sia-sia excited tunggu novel ni keluar.

okeh-okeh. novel ni cerita pasal Medina Izwani yang cume anak angkat dalam family Nazrin Shah tapi semua tak jadi masalah sebab semua sayang kt Medina ni especially nenek. Tapi Nazrin ni pulak lain.punye la benci kt Medina ni sebab bagi die Medina ni penyebab die tak boleh kawen dengan Zita. Bace sinopsis ye untuk tau lagi.

Dr. Nazrin punye cockiness memang la tahap petala ke 8. nak jugak pertahan kan Zita yang ntah pape tu. sabar jela Medina bile kene tahan telinge yang dah berdesing-desing dengan perlian si Nazrin tu. Si Zafril lak memang psiko. sanggup gunakan orang lain janji die dapat dekat dengan Medina.

Novel ni happy ending.bahasa pun senang nak paham and yang penting correct use of english grammar. aku memang tak suke betol bile ade novel yang nak gune english tapi salah grammar. tolong la check dulu ngan editor. bukan nak kata aku hebat, tapi bile dah grammar salah maksud nye pun dah lari. 

novel ni aku bagi 4 dari 5...

okeh.dah abeh menconteng.tata!

Exercise!

Salam to all...

last Thursday lepas abeh kelas Dr. Dinna yang anggun tuh aku, erin, diba and hani punye la semangat nak g jogging. aku siap bawak track suit dari umah and siap-siap pakai sport shoes g class. yang cik yani pulak melarikan diri. takpe-takpe.nanti kena la denda.hehehe..kenape tetibe nak g jog eh?entah la.sebab nak release stress maybe. or saje nak jalan-jalan. tapi untuk aku sile la refer gambar kat bawah ni ye. baru korang paham.


huhuhu~paham kan?badan makin gebu je. tapi kitaorang ni takde la jogging mane.banyak amek gambar je. kat sini ade fun facts about exercising. bace ye. 

Fun Fact # 1: There is no need to follow an exhaustive exercise regime. Breathing will do the trick! Yes, breathing can help you lose weight. The more oxygen you take in, the higher your metabolism rate will be; the more calories you can burn; and the less hungry you will feel. Easting less and metabolizing more of the calories you do ingest are two of the greatest weight loss enticers known.

Fun Fact # 2: Playing with your children or grandchildren for just one hour can burn as many calories as walking briskly for the same amount of time. Now, which is more fun? (untuk kite-kite yang takde anak rajin-rajin la kejar anak buah anda. kalau takde gak g kejar kucing satu umah)

Fun Fact # 3: Eat just 13 packs of cookies (now admit it, that isn't all that difficult), and you will increase by one entire dress size. Now, how long will it take you to jog that extra weight off? More than 100 hours on the treadmill! If that does not keep you away from the cookie jar, I don't know what will.

Fun Fact # 4: Are you a soda-holic? Join the crowd. The average American adult downs 45 gallons of soft drinks every year. But did you know that that equals 21 pounds of body fat!

Fun Fact # 5: Eating spicy foods an hour or two before you work out can increase your metabolism by as much as 50% -- now that is a tastier way to burn more calories. (lepas ni sebelum jogging ke exercise ke makan dulu bende pedas ye.lagi cepat nak kurus)

Fun Fact # 6: Standing up straight burns more calories than slouching - just one more reason for good posture. Stand up straight. Good posture burns more calories than slouching

Fun Fact # 7: Ditch the aerobics class if you want to lose weight. Opt instead for a little home improvement. It has been proven that painting a room; shampooing a rug or doing a bit of landscaping in the yard can burn twice as many calories in an hour than a medium-intensity aerobics class can! (rajin kan diri kemas umah, kemas bilik.free je. dari buang-buang duit g class aerobic tu.kalau kemas umah puasati la gak nampak umah kemas and bersih je)

dah bace? bawah ni gambar-gambar kami yang kekonon g jogging. enjoice!


bawah jejantas pun buleh amek gambar.




dah penat round tasik Shah Alam, makan ice-cream McD lak



okeh.dah abeh conteng.tata!

Novel review - Kampung Girl





--Synopsis--

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

----------------------------------------end of synopsis-----------------------------------------------------

novel ni aku beli mase bookfair ari tuh.kenapa beli?sebab bace sinopsis macam best. novel ni takde pun dalam senarai yang nak dibeli tapi last-last beli la jugak.mase kat booth Karya Seni tuh pasang-pasang la jugak telinge dengar orang sebelah cakap kat kawan die kata novel ni best. aku pulak jenis senang terpengaruh bile bab novel-novel ni so layan kan je nafsu nak membeli ni.ish3

Novel by Umi Kalsom ni sebenar nye start dari Penulisan2u. dari situ ade publisher interested nak publish. afterall kebanyakan novel yang ade dalam market sekarang datang dari blog. novel ni tak tebal pun.547 page je. 1 ari bace dh boleh habeh (tu pun kalau takde wat keje-keje laen la). Jalan cerita die senang nak paham walaupun cerite kahwin paksa ni sangat la cliche. lagi-lagi dengan cousin sendiri. tapi jenis macam ni la banyak dapat sambutan.

cerite nye pasal Ainnur, asal dari utara sana. die ni sangat-sangat la sayang kat cousin die Ashraf Khairi (Ash) sampai kan orang laen die tak pandang langsung. Ash ni pulak konon la orang yang bandar habeh. banyak sungguh cekadak bile balik kampung. Ash ni memang benci gile ngan Ainnur yang die panggil nenek kebayan. kononnye Ainnur tak layak ngan die sebab Ainnur orang kampung die orang bandar.

nak pendek kan cerite mak Ash ni pinang Ainnur sebab nye die risau Ash ni tak kawen-kawen. Ainnur lak dalam ati dah melompat-lompat suke.macam-macam la jadi masa time tunang tu. wujud watak Faisal and Ain Airina untuk create conflict.

orang kata kalau benci jangan benci sangat-sangat nanti jadi terlebih sayang pulak. tapi tu la yang jadi kat Ash. lepas nikah, baru Ash tau yang Ainnur yang die dok kutuk-kutuk panggil uneducated la, abeh SPM tunggu orang masok meminang la, tau bajak sawah jela rupe nye ade secret yang disimpan. ape jadi pastu? kene la bace ye.

novel ni sesuai sangat-sangat kalau nak wat bacaan ringan or suke-suke nak wat koleksi. bahasa senang nak paham. English grammar dalam novel ni pun betol. pengajaran dari novel ni ialah jangan ingat orang tu anak kampung means that they are not educated. orang yang ade kat bandar je yang cerdik pandai. kadang-kadang orang kampung ni la lagi educated cume diorang low profile je. jangan pandang rendah kat orang, jangan pandang orang setakat luaran je. maybe la die simple and cikai dalam dress up tapi kite mane tau status die.

nak tau lagi pasal cite ni bace la ye. nak pinjam pun buleh. rating novel ni 3.5 from 5.hepy reading.

abeh dah conteng.tata!

Thursday, May 17, 2012

Running Man!

Salam to all...

been quite busy lately.tapi saje-saje buat tak nampak assignment bertimbun tu. tunggu last minute baru nak buat. macam tak biase huhuhu~back to main topic. pernah tengok Running man? it'is a Korean variety show. memang best. lain dari yang lain. tapi kt Malaysia tak boleh wat variety show macam ni. sibuk nak control lawa and hencem je artis-artis kite ni.

aku start tengok running man ni pun masa adik aku tuh dok bukak cite ni. aku mule-mule memang la tak amek port. konon tak layan Korea. sekali dah duduk tengok terus hooked. dari episod mule-mule sampai sekarang. dulu rajin download.sekarang tengok online je.every tuesday mesti watchkshownow update.

the format is very simple.every contestant have to do a mission.who ever finished the mission first will get the prize. ramai jugak la artis Korea famous yang diorang panggil cam Big Bang, Yong Hwa, Ha Ji Won. yang penting diorang ni takde la nak cover cun ke hape ke. kalau wat shoot baru bangun tu memang muke betol-betol baru bangun.sembab je muke. at least they are not hypocrite. 

permanent contestant die ade 7 orang. sebelum ni ade 8 tapi joong ki tarik diri sebab nak concentrate in acting.tinggal la 7: Ji Hyo, Jong Kook, Jaesuk, Suk Jin,Gary, Haha and Gwang  Soo. suke tengok aksi diorang. every episode different theme. next week punye theme ade Park Ji Sung. huhuhu~

ade gak kat FB diorang wat petition nak RM ni datang Malaysia siap ade rumours lagi yang diorang dah ade kat sini.ramai gak rupe nye peminat RM ni kat Malaysia. aku sendiri sanggup g kalau diorang shoot kat sini.hehehe. k la.abeh dah menconteng.tata!


Ni logo RM



Ni contestant die. (L-R) Gwang Soo, Jong Kook, Jaesuk, Ji Hyo,Suk Jin,Haha, Gary

Sunday, May 13, 2012

novel review-takdir itu milikku



-SINOPSIS-

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku!

-----------------------------------------end of synopsis----------------------------------------------------

novel ni baru je beli masa book fair ari tu. habis baca semalam mase tunggu usu dalam labour room. ni novel ketiga Siti Rosmizah aku baca. first time baca buku dia tajuk Lafazkan Kalimah Cintamu. Then 7 Hari Mencintaiku. tapi dalam tiga-tiga buku ni aku paling suke Lafazkan Kalimah Cintamu.touching woo baca.

Takdir itu milikku ni cerita nye tentang Dian Zara (sedap nama ni) yang sangat lurus and naif walaupun umur die dah 18 tahun. ayah Dian kahwin dengan adik kepada arwah ibu Dian yang dipanggil Maksu. Maksu/Siah ni kejam nye memang mintak hampun la.kurang ajar nye dengan suami and mak sendiri buat rase mcm nak je masuk dalam buku ni lempang-lempang si Siah ni. 

Dian dikahwinkan dengan Zarif sebab mak si Zarif ni, Datin Munirah nak sangat harta Nek Tuk. Nek Tuk lak sayang sangat ngan Dian. Lepas kahwin, Hidup Dian makin sengsara. memang sakit sangat hati bila baca bab penderaan Zarif kat Dian. bila terjadi satu kejadian, semua benda berubah.....ape dah jadi? sila la bace ye. nak pinjam pun dari aku pun boleh.

Novel ni best gak la. Cume yang tak suke nye bile meleret sangat certain-certain part tu. tapi bile bab dera-dera tu memang hebat.rase macam nak maki hamun and belasah balik je Zarif tuh ngan mak die sekali.

Pengajaran die kat sini jangan ingat langit tu selama nya cerah. hidup ni macam roda. takde gune pun nak berlagak.harta benda tak bawak ke mana kalau hati tak bahagia. lagi satu anak-anak tolong la jangan kurang ajar dengan mak ayah. diorang tu orang paling penting dalam hidup kita. sekali kita wat ibu terluka, murka jugak la Allah dengan kita. baca la dalam novel ni ape jadi kat anak-anak yang langsung tak jaga hati mak ayah.

novel ni aku bagi 3 setengah bintang dari lima. untuk orang yang suke genre pasal family ni buku untuk korg ye. tq.bubye~



Novel reviews

Salam to all...

aku ni suke sangat membaca.kadang-kadang sampai paper lama yang ibu nak buat alas barang pun aku bace gak. sekarang ni pun aku dalam mood rajin nak beli novel sampai kena marah la gak.tapi bagi aku novel-novel aku tu macam aset.sayang sangat kat koleksi novel aku tuh. so dengan rajin nye aku pn nk wat review. my friends and cousins pun selalu nye tanye gak my opinion on what novels should they buy. at least berguna gak language knowledge that i have. bukan semua novels bahasa nye sedap dibaca. kadang-kadang cerita best tapi bila bahasa yang digunakan tu tak sesuai langsung jadi tak best.

Sebelum aku nak wat review, aku nak mintak maaf siap-siap kalau-kalau ade yang tak suke dengan apa yg aku komen. pendapat orang tak sama. plus mulut aku ni takde penapis. i said what i meant and i meant what i said. post lepas ni la aku start dengan review ye. nak pilih dulu buku ape.tata!

Saturday, May 12, 2012

Our big family!

semalam dapat lagi seorang new member of our big family. after 15 years of waiting finally usu dapat jugak baby yang ditunggu-tunggu. syukur ya Allah...kebetulan lak aku memang ade kat KL sebab nak wat appointment ngan dermatologist kat HKL. Azie pun kene jage usu so aku ikot la die and anol sekali.

mase menunggu tu la aku dapat tengok muka-muka nervous bapak-bapak yang menunggu kelahiran baby diorg. paksu pun teman usu mase operation tu. keadaan usu pun agak complicated sebab tu kene panggil pakar. tepat 5.15 petang lahir la NUH IFFAT bin FAHZAL ARIFFIN kat dunia ni. Welcome to this world baby!

paksu cakap usu ade complication mase nak lahirkan iffat. that's why paksu tak keluar awal. Iffat tersangkut mase nak keluar. nak tak nak doctor terpaksa belah vertical pulak perot usu since rahim usu dh terbalik and baby nearly lemas.imagine seksa nya seorang ibu nak lahirkan anak.aku yang dengar ni pun ngilu perot. sebab tu Allah kata redha Allah terletak pada redha seorang ibu. syurga seorang anak letak bawah telapak kaki ibu.lepas ni boleh la usu sambut hari ibu. hadiah paling bermakna untuk usu.

but before i forget semalam jugak is my only brother birthday. so die celebrate la dengan sepupu baru die ni. untuk my only brother semoga panjang umor murah rezeki. 


             
 ni la Nuh Iffat.comel kan? berat die 2.9kg je

p/s: Iffat ni cucu ke 31 arwah atok n arwah wan. maybe the last cucu.in total arwah atok n arwah wan ade 9 orang ank, 31 orang cucu and 10 orang cicit. plus our family members are growing sebab sepupu-sepupu ku ramai yang nk kawen dah. best3!

8tv Showdown 2012 rocks!

Salam to all...

last week i've got tickets to watch 8tv Showdown live at KL Live, Jalan Sultan Ismail. dapat tickets pun sebab Shazni (my senior eventhough he's lot younger than me...huhuhu~) doing his intern at 8tv. Dapat tickets sampai 9.dah tuh memalukan diri sendiri lak tu. ade ke patot melompat-lompat depan audi.ish!anak sape la ni. 

Walaupun khamis tu ade test persuasion sanggup gak turun KL.kesian la my uncle Shidee kene buli. The best thing is Shazni gave me tickets for this week show!yes!

Ni pictures yang amek mase tu.lupe bawak kamera so gune la kamera fon jek....sebab dah lambat..sampai-sampai pun pintu nk tutup.


macam Erin cakap la..mak jemah menang tickets. uols hade?!






It was worth it.memang gempak. since aku ni pun kipas-susah mati showdown dari first season so aku rase hepy sgt. thanx Shazni!

Friday, May 11, 2012

let's kickin'!

new blog again. hopefully this one can be updated regularly.hahaha! reason buat blog ni pun sebab life aku sekarang ni rase macam makin interesting. plus aku ni rajin gak bace novel and tengok movie.boleh gak la bagi review.bile lagi nak apply knowledge yang aku struggle belajar tiga tahun. so lets get kickin'!