Monday, June 24, 2013

Perihal nak kawen: Cerita 2: Ujian HIV

Salam to all..

kali ni nak cerita pasal nak kawen pulak. since aku tinggal lagi 2 bulan or nak lagi exact lagi 66 hari untuk bertukar status sebagai seorang puan. nervous? ade la sikit. tapi paling banyak sekali ialah rasa stress. Sebab rase stress ni jugak la aku wat keje nekad and aci redah je.

Alkisahnye...lepas seminggu dok perang mulut dengan incik tunang pasal borang nikah, aku punye stress naik tahap petala langit. lagi tambah bile tengok alamat umah aku pun boleh salah mamat ni buat.bukannye die takde copy ic. nasib baik la pegawai agama kat Kelantan tu kata xpe.boleh je proceed as long as nama and ic number betul. ok fine.kurang sikit hangin aku.

Janji nye Isnin nak wat ujian HIV utk aku ni. sebab incik tunang suda buat mase die nak mohon Borang Kebenaran Nikah Luar Negeri..sebenar nya boleh je dia nak guna borang pemastautin tapi dia yang takmo.lantak dia la yang ku tau borang kebenaran tu ade. cut the long story short. aku jadi bengang ari Jumaat ari tu bile dia mula bising tak tentu hala pasal ujian HIV tu. aku pun mule dah naik hangin.udah la motor rosak mase otw g keje pagi tu. sampai opis lewat. nasib baik supervisor aku baik die tolong punchkan. bile incik tunang aku ni dah bising kata tak boleh buat kat area selain dari kawasan umah aku kata mengarut je. ape jadahnye kat kawasan umah je.aku pun mule la tepon klinik2 gomen yang JAIS dah list kan. ade la dalam 10 klinik aku call.

mule-mule aku call KK Jelatek. diorang kata kena buat appointment. tak boleh thru phone kena walk in dulu. ok la camtu sebab dekat je ngan opis. Nasib baik sebelum aku g klinik tu aku tanye dulu ade lagi tak kosong untuk appointment bulan ni.nurse tu kata penuh sampai pertengahan Julai. what the?? appointment nak buat HIV test penuh sampai Julai. macam la lame sgt amek mase nk wat test tu

okeh KK Jelatek out. pastu ak call KK Gombak Setia. ni lagi dekat ngan umah la. no telefon yang kat list JAIS tu salah. ngek betol. bile dah jumpe yang betul staf yang mule-mule angkat tu memang tak mesra alam langsung. naseb baik yang kali kedua ni ok.kat KK Gombak Setia pulak kata sorry la cik. Stok rapid test kami dah abis. tak tau bile sampai. pulak dah. aku tanye diorang kalau buat kat luar kawasan rumah takpe ke.die kata boleh je cik.takde masalah. 

pastu call KK Taman Ehsan. yang ni pulak lagi boleh tendang entah mane-mane. dia kata cik cari la yang dekat ngan umah.kat sini kena walk in and buat appointment. kalau cik nak buat thru phone je kami tak layan.terus die letak.mangkuk betol.

lepas dah banyak2 klinik aku call and dah mule fedup aku dok la kat sofa depan kaunter library ni dengan muke nak nangis sebab stress gile. kak rin tanye nape.aku pun cite la.kak rin cakap die dulu sampai Tanjung Malim g buat ujian HIV. last2 kak rin tolong aku cari kan klinik yang tak payah wat appointment.

mase kak rin bagi list tu aku pandang satu je klinik. abeh nekad dah nak g redah kat situ walaupun jauh dari opis and umah. aku call dulu tanye boleh tak buat ujian HIV. staf tu cakap cik datang je. aku tanye tak payah buat appointment ke.staf tu kata tak payah.cik datang kite terus buat and dapat result time tu jugak. time tu jugak aku cakap ngan bos aku puan i need to take half day today to do my HIV test. bos aku ni Indian lady. muke die terkejut mase aku cakap aku nak buat ujian tu. dengan suara terkejut die tanye. why do you need to that test. is there something wrong with you. aku pun cakap la no la..its compulsory for us to take the test before we were granted with solemnization approval.

Aku tak tau pun tempat tu kat mane sebenarnye. gune incik Google sajork. lepas solat Jumaat ayah pun anta aku g sane sebelum die g opis. sampai sana dah siap tampal depan pintu "Ujian Saringan HIV Pra-Perkahwinan Dihentikan Sementara Waktu." what the?! aku tepon pagi tu kata boleh datang je. aku masuk dalam tanye atendan yang jaga nombor tu. dia kata diorang lupa nak cabut notis tu. mangkuk betol. dah panik dah aku tadi. staf tu pun bagi la aku borang nak kena isi. ade 3 borang. 1 borang HIV tu, pastu borang kesihatan mental and borang kesihatan wanita dewasa. dah siap isi and bayar seringgit untuk pendaftaran tunggu la sampai kena panggil.

nurse yang nak amek darah aku tu tanye datang sorang je ke. aku kata iye.tunang saya dah buat dulu. alat yang diorang guna sama je macam nak check darah untuk kencing manis tu. tak sakit pun. tapi aku kena cucuk sampai dua kali sebab yang first tu darah takmo kuar. kali kedua baru kuar and nurse tu siap goyang2 kan jari aku nak bagi darah kuar. tunggu 10 minit dah dapat keputusan. dah dapat cop aku pun balik naik cab. kena la RM20.00. nak sangat aci redah kan. kekonon boleh buat sendiri without incik tunang. boleh je sebenarnya tapi saje kan mengade nak ade pakcik tu sebab dah terbiase dia ade.

lupe mau kasik tau aku buat kat mane. aku buat kat Klinik Kesihatan Batu. alamat die kat Batu 41/2 Jalan Ipoh. dekat dengan Masjid Jamek Kampung Batu. depan klinik ni ade Maybank, CIMB and Affin Bank. Klinik ni dok dalam bangunan. so kene perati signboard ye.ni no phone nye

Klinik Kesihatan Batu
 Batu 41/2 Jalan Ipoh
03-62573355

telefon la dulu sebelum g. takot kit habeh je.kang pegi tapi tak dapat buat kan ke buang masa and minyak je.
hope boleh tolong korang ye. 

panjang dah membebel pasal ujian HIV ni. pasni cite pasal benda lain yang berkait ngan kawen jugak.

tata! will write again soon. In Sha Allah..

Thursday, June 13, 2013

Perihal nak kawen: cerita 1

Salam to all...

kalau korang tengok kat ticker aku tuh aku ade lagi 2 bulan lebih je nak nikah...waaaa! sekejap je lagi nak jadi puan wifey. orang dah sibuk tanye aku preparation dah siap ke belom. jawapan nye mesti la belom. (T-T)....bende yang besar-besar macam katerer, mekap, pelamin semua tuh dah setel la.dah book awal-awal dah.ape yang tak setel ialah bende kecik-kecik yang menyerabutkan like bunga telur, bunga pahar and goodies. semua ni buat DIY ye.tu yang lambat nak siap...

since aku ni akan bernikah kat selangor so automatically bawah JAIS la. benda yang buat aku stress sekarang ni is about borang nikah. lagi banyak aku baca aku lagi tambah konpius and end up aku naik hangin dengan incik tunang.kesian die tak pasal jadi mangsa aku naik hangin. Incik Tunang aku asal Kelantan so kene la die balik kampung and setelkan semua belah lelaki. aku dah mule naik hantu baru la dia nak balik kampung.ape nak tunggu last minit baru nak buat? asyik bertangguh je.opis tu dh jadi umah die dah. disebabkan minggu ni aku ade hunt g Cameron dia pun kena la balik kampung sorang-sorang.lain kali tangguh la lagi.kan dah kene balik sorang. padan muke.

so sekarang ni aku kene jadi penunggu setia untuk dia sudahkan borang die tu.ayah pulak tak mo amek tau.dia kata belajar usaha sendiri.kang bile dah nak anta baru ayah campur. kesian aku kan? kite tunggu jela aku update minggu depan ke 2 minggu lagi dengan ape dah jadi ngan urusan borang nikah ni.

tata!will write again soon =)

Wednesday, June 12, 2013

7 years and counting....

Salam to all...

Ari ni 7 tahun yang lepas, we first met each other. Barely a month after he met my parents and asked them in front of my uncles and aunties if he can make me as his special girl. I wasn't there at that time. I was in Shah Alam and my family is at Kota Bahru for family day. Yes we declare we are couple on February but we never meet each other until he meet my parents. Ingat nak couple ni takde probation period ke? ade gak tau. syarat aku bagi kat die is that he must meet my parents and ask for their permission. And he is brave and gentleman enough to do that. Imagine ek. Korang kenal tak sampai enam bulan pastu lost contact, then contact balik and terus kapel. Tak pernah jumpa tetibe mengadap parents cik gadis.

People say our relationship won't last. He is not suitable for me. He's from different culture from me and lots of other stuffs. But you never know what Allah have in His plan. No matter what they said, we still together and its getting stronger. We've been together through up and down. He's there for me all this while. He's been very patient with me like nobody would (yes except for my mum and dad). For the first three years, we only meet each other twice a year. tu pun sebab cuti sem and only for two or three days. pulak tu kalau dating bawak segala kaum kerabat aku tuh.

Kalau orang tanye macam mane boleh bertahan walaupun perangai macam langit ngan bumi, api ngan air, I have no answer for that question. ape yang aku boleh cakap accept him as what he is and never change who he is. But the most important thing ask for your parents blessing. Dorg lagi lama hidup dari kita. They want the best for us. Takde dorg takde kita kat muka bumi ni.

ok la cukup la cerita pasal incik bakal hubby aku ni. kang aku pulak jadi sensitip tetibe. yela dah 7 taun kan. dari aku besar jari kelingking sampai dah jadi besar ibu jari die tetap ade ngan aku.macam-macam dah lalu. pray for our happiness here and forever after.

tata!will write again soon =)


** kami ni tak banyak gambar. ni je yang ade.huhuhu


Tuesday, June 11, 2013

Novels clearance

Salam to all...

Since buku-buku aku ni banyak sangat sampai tak tau nak letak mane so aku decide nak jual je novels yang aku ade ni.harge berbeza ikut kualiti buku la. ni ade gambar-gambar nye. aku prefer COD than delivery sebab delivery nanti kena tambah cost delivery pulak.but it depends la ye.its NEGOTIABLE.jual pun sebab aku dah tak tau nak letak mane.Here you go!


Tiga buku ni mahal la sikit ye. In fact aku tak bace pun lagi except novel Fauziah Ashari tu. tu pun main skip2 je.



Te Amo Sayang : RM 15


RM 10 for each novel. Novel condition 8/10.


  


Each novel is RM10.00

 
RM 7.00 for each novel. Condition buku semua 7/10.



Setulus Impian
Takdir Cinta
Psst..Gossip
Cinta?
Mahligai Impian
Yang Terindah



 RM 3.00 for each book. Condition buku  5/10. paperback novels tu mostly dah bertukar kaler but it is still readable.








sebab banyak sangat title korang bleh la refer kat gambar atas ni ye.

untuk Harlequin punye novels ni title yang ade:

The Lawman Who Loved Her
Private Investigations
Judging Justine
Bittersweet Passion
Nora's Pride

kalau amek semua Harlequin ni  ku jual RM10

Little Black Dress novels:

The Trouble With Valentine's Day
I'm In No Mood For Love
Confessions of an Air Hostess

** mane yang title nye bold tu korang bleh klik and link terus ke goodreads.com

kalau ade yang nak pls email me: nurepy@yahoo.com.

thank you!
xoxo