Wednesday, February 11, 2015

Hasya and jaundis

Salam to all...

entry kali ni nak cerita pasal si comel ni kena demam kuning yang quite high jugak reading nye.. disebabkan Hasya ni kategori baby prem lahir-lahir je terus kena cucuk jarum..doctor bagi antibiotik..bayangkan la halusnya tangan hasya tu dicucuk-cucuk jarum.every 12 hours nurse akan amek die bawak g bilik rawatan pastu masok antibiotik. aku dalam bilik boleh dengar die meraung and ngan aku sekali la menitik air mata. sampai sekarang ade lagi kesannya.sedih je bila tengok..

Hasya kena demam kuning or jaundis ni sehari lepas dia lahir. probability untuk baby prem kena kuning memang lagi tinggi dari baby normal. lepas je confirm Hasya kena kuning nurse tu terus bawak machine phototheraphy tu dalam bilik aku. tido la Hasya dalam tu dengan pakai pampers je..boleng je anak ku itu. dengan kecik nye sejuk nye dok macam tu. kadang-kadang bila tak tahan sangat tengok dia macam sejuk je, incik Suami angkat and pelok biar bagi warm. tak pun kami selimutkan je terus. lepas sejam biarkan balik dok bawah lampu

nak dijadikan cerita, 5 ari dok dalam wad 4 ari Hasya dok bawah lampu. Sepatutnya on Sunday kami dah boleh balik tapi sebab lab tutup so result darah Hasya dorang tak leh nak keluarkan on that day. so kami tunggula hari isnin..pagi-pagi lagi aku tanye nurse result dah keluar belom. tak sabar nak balik umah gamaknye. rimas dok hospital lama-lama. but... the result is not as what we expected. result jaundis Hasya very high yang menyebabkan doctor decide Hasya kena masok NICU immediately. huuwaa! dan-dan tu jugak nurse siapkan Hasya untuk g NICU. g je kat NICU terus dorang letak Hasya kat bawah lampu yang lagi kuat dari yang dalam bilik tu. lepas bincang ngan incik Suami we decided that I go home and Hasya tinggal kat wad. tu pun puas la ibu and incik Suami convince aku yang nurse lagi tau jage baby. it's for her own good. kita nak terbaik untuk Hasya. malam tu aku tido dengan cium kain bedung Hasya. huhuhu~

esok tu kul 8 aku dah redy nak g tengok anakku itu. last-last kul 10 gak baru g. sampai je doctor tengah buat round so tak leh tengok lagi. after half an hour aku masok tengok anak kau boleng habeh. pampers pun tak pakai. aku dah mule la menitik air mata...dok dalam berendam air mata tu doctor panggil. dia tanye ni anak puan ke?dia boleh balik dah. elok je doctor cakap camtu terus lap air mata and cium baby. tapi doctor bagi warning gak. sebab nye result Hasya cuma border line je.

Bila Hasya dah balik bermula la rutin ari-ari g klinik untuk amek darah untuk jaundis.disebabkan aku terlampau banyak gerak and gerak agak lasak jahitan episiotomy aku tertetas..tapi lantak la kan. Anak lg penting. macam-macam cara try buat untuk sembuhkan jaundis Hasya. antara yang kitorang buat:

1) Jemur - tak menjadi sebab matahari takde..mendung je
2) anggur hitam - bukan hasya makan ye. aku yang makan. 
3) aloe vera - ni amek gel/lendir lidah buaya tu then tepek kat dahi sampai kering.

alhamdullilah..pakai gel aloe vera tu kurang kuning nye. by day 20, hasya completely clear from jaundis. kat bawah ni gambar hasya yang dok bawah lampu tu.