Thursday, February 7, 2013

love your parents

Salam to All..

tergerak nak wat pasal ni lepas dok baca dalam paper pasal budak lari dari rumah. Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. nampak tak nombor nye tuh. ni statistik tahun 2010 and yang wat report. yang tak buat report? satu sebab kenapa lari yang aku tengok jadi trend sekarang sebab tak nak kena kongkong ngan mak ayah. tak pun gatal g ikot kekononnya cinta hati sampai mati. lari la g Lombok pastu bile dah sengsara hidup dok makan ulam je tiap2 ari merayu mintak balik. kan ke bangang and menyusahkan orang nama nye tu. mase lari tak reti la nak ingat mak ayah. dah jatuh tergolek-golek baru la ingat mak ayah yang selama ni besarkan kite. kan dah mula aku jadi emo ni.geram je kekadang ngan budak-budak yang so called remaja ni. hellloooo! aku pun pernah muda gak dulu tapi takde la jadi camni.alahai adik-adik..abehkan la sekolah tu dulu baru sibuk nak bercinta. sekarang ni kalau takde qualification nak keje ape? unless if you are really gifted/talented nak wat keje-keje kemahiran. tak pun kalau you all tuh memang lahir dalam dulang emas.lain la cerita. 

memang ade orang yang bercinta dari sekolah last-last nikah jugak. tapi pikir la baik-baik dulu.ape yang penting dapatkan restu ibu ayah dulu. bercinta bagai nak rak sekalipun kalau ibu ayah tak restu pun payah jugak. kang mula la memberontak. think wisely. diorang dah lalu semua tu dulu. mesti ade reasons kenapa parents object your relationship. mak ayah nak yang terbaik untuk anak-anak die. diorang tak nak tengok anak die susah. hargai la pengorbanan diorang.they have been with u since you in the womb. sakitnya seorang ibu tuh nak bersalin kan awak.penatnya ayah cari duit nak bagi belanja, makan, pakai. Bile datang orang yang kononnya cintakan kite sanggup sehidup semati dengan kite, mak ayah kite belakangkan. hilang semua hormat kat mak ayah bile parents halang hubungan korang. sanggup lari ikot lelaki tu. tak kesian ke ngan mak ayah yang dah besarkan korang?

yang lelaki ni pun same je. kalau dah memang berkenan kat anak dara orang jumpe la wali dia. ambik hati. kuasa nak menikahkan anak ada kat wali nya. jumpa famili.cakap baik-baik. ni tak. nak anak nye tapi family langsung la taknak g jumpa. lelaki ke macam tu? be a man. trust me.seorang ayah mencari bakal menantu yang menurut perintah Allah, yang boleh jaga anak dia sama macam dia jaga.takde ayah yang nak jahanamkan hidup anak die unless die tuh bapak hati setan. jangan la sebab terlalu cintakan orang sanggup kita belakangkan mak ayah. ayah aku dulu pernah pesan "ayah tak kisah kalau along nak bercinta tapi tinggalkan sikit cinta tu untuk diri sendiri and family.jangan cintakan orang 100% sebab nanti kalau kita dikecewakan takot kita boleh hilang pedoman. think that u always have your family when you are in need." I listened to him and I asked for their blessing before I started my relationship with my fiance. Incik Hafiz brave enough to meet my parents and not only them, he met with all my relatives from my dad's side.

enjoy life dulu masa muda ni.kejar cita-cita baru cinta. jodoh tu Allah dah tetapkan. tak perlu risau pasal tu. Soon enough I'll be someone's wife and to tell you the truth I'm already freaking out.selama ni aku duduk dengan family and tetiba kena hidup dengan orang lain. memang la kami bercinta dah lama tapi takkan sama macam kita tinggal dengan family. aku akan ada dua family. bagi aku aku bukan setakat kawen dengan dia but also his family and same goes to him. accept the family as they are. without the family u think u are what u are now? think wisely before you act. 'while you are young and single, try to get what you want. because married life is not as beautiful as what you think it is.' <-- ni quote from my aunt. 

Lastly baca petikan kat bawah ni ye untuk renungan bersama: 


“Orang tua adalah jambatan antara kita dengan Allah. Restu orang tua adalah redha Allah. Maka pastikanlah segala sesuatu yang kita lakukan telah direstui oleh orang tua dan dilakukan untuk mencari redha Allah.”

okies..enough of blabbering..will write again soon..tata!









No comments:

Post a Comment