Salam to all...
Gila lama post ni dok dalam draft..... baby pun dah masok 2 bulan dah. Mane nye dan nak tulis bila baby ni tak mau tido. Ni baru ade time nak mengarang balik. My daughter was born during my pregnancy reach 36 weeks. So doctor consider dia as premature baby.Dia tak sabar nak tengok dunia. My EDD supposed to be 22.7.2014 but she was born on 27.6.2014. huhuhu~ sebulan tu jauh nye.
Al-kisahnye..malam sebelum tu ku tak tido.penangan world cup kan..so pagi dalam kul 10 tu nak baring la kejap.sekali rasa apehal basah ni. g toilet tapi takde rasa nak kencing. but the water still coming out. dalam kepala dah cakap tak kan ketuban pecah kot. lambat lagi ni due date nye. I take a deep breath and call ibu. ibu kat opis pulak yang panic. punye laju ayah bawak motor sebab within 15 minutes dah boleh sampai umah. lepas call ibu call incik Suami. memula tu dia bising la sebab kacau dia yang baru masok opis. then aku cakap la ketuban dah pecah. dia boleh jawab ok pastu letak phone. ek eleh! pastu dia call balik cakap awak ulang lagi sekali ape awak cakap tadi. so aku ulang. Suamiku amek mase 10 minit nak sampai umah dari Ampang. aku kat umah lak static berdiri kat satu corner je. kang gerak-gerak kang berjejeh pulak air tu satu umah. incik suami sampai start enjin kete, letak barang terus jalan g hospital.
sampai kat Hospital Selayang (HS), nurse tu bawak wheelchair naik g tingkat 5. punye la ramai ibu-ibu nak bersalin. since aku ni takde rasa contraction so aku bagi la kt orang lain dulu untuk nurses tu cek bukaan. bila ade nurse tu lalu die perasan ade air bawah kaki aku terus die panggil nurse untuk check aku and kebetulan memang turn nama aku pun. disebabkan aku ni patient FPP so kena la tunggu M.O datang. bila M.O dah datang dia bagi H.O yang check. bila check bukaan baru 2cm. tu pukul 1 tengah hari tau. aku bosan dok dalam tempat ibu-ibu mengecek tu aku dok luar ngan incik suami. nak tido tak boleh tido. bising. katil pulak penuh. dalam kul 4 Dr. Philip datang nak check aku. dia soh nurse siapkan labor room aku tapi labor room penuh so lepak lagi kat luar. dah masok maghrib baru aku start rasa sakit. Dr. Philip check dia kata still 2cm lagi. erk...nurse pun siap-siap bagi aku drip.5 minit pastu aku kena tolak masok labor room. tengok ctg doktor kata graf jantung baby tak cantik....
Dah kul 9 malam camtu baru aku rasa contraction makin kuat. masa ni ibu dok dalam labor room ngan aku. incik suami balik umah sekejap.bila dah tak tahan sangat aku tanye kat ibu mane incik suami. ibu call tanye die kat mrr lagi..kul 10 malam Dr. Philip datang check then dia cakap opening baru 5cm. incik suami lak muka pun toreh tak berdarah tengok aku tahan sakit berpeluh-peluh tapi still boleh ketawa tengok muka dia. around 11 pm.. Dr. Philip decided that i have to go through c-section which aku memang tak mau. tapi bila tengok monitor ctg dok merah je and my husband give his consent for the sake of our baby aku pun sign la segala kertas nurse hulur. tak daya dah nak baca mana dengan sakitnye lagi.
11.15 pm nurse pun tolak aku nak g operation theatre (OT). ibu yang dok kat luar tengok aku kena tolak dia pulak yang nangis. dah nak masok OT siap-siap cium ibu and incik suami. mintak maaf semua-semua la. lupa nak cakap sebelum masok OT nurse akan tunjuk lagi sekali paper yang kita sign tu. aku angguk je. sakit gila bak angg la time tu. masa Dr. prepare kan anaesthetic tu Dr. Philip check laluan lagi sekali. Then dia tanya really u want anaesthetic? opening dah 9 cm ni. aku kata if possible untuk i normal tak payah la bius. pastu Dr. kata since heart beat baby tak cantik sangat dah so kena la guna bantuan vacuum sebab force push jugak walaupun baru bukak 9cm. 2 kali push Alhamdullilah our baby pun keluar jenguk dunia tepat pukul 0019 Jumaat 27 Jun 2014 bersamaan 29 Syaaban 1435h. seriously masa push tu aku tak ingat langsung ape yang belajar kat antenatal class tu. aku g paut kat tangan nurse sampai merah tangan dia.
Masa baby keluar tu aku tak rasa ape pun maybe sebab dia halus sangat kot. terasa jugak masa Dr. gunting nak buat epi tu tapi tak sakit pun. yang terasa keluar dari perut masa Dr. tarik uri keluar. kalau ikot kan aku tak yah jahit banyak pun. tapi masa Dr. nak jahit tu aku terasa jarum tu cucuk-cucuk.tu yg terangkat bontot sampai Dr. soh cari penahan kaki nk elak aku dok angkat je.dapat la 16 stitches.
Baby lak lepas keluar aku dengar dia nangis sekali je.pastu nurse bawak lari g bagi oksigen.mase nak sorong aku keluar baru dorang tunjuk my precious baby.time ni nangis kot sebab tak caye aku dah jadi ibu.
Post lepas ni ku cerita pasal dok kat ward sampai 5 ari. InsyaAllah.
Tag nama yang ku pakai sampai lunyai tak nampak tulisan
Our precious girl
Muke incik suami yg excited gile sebab dah jadi ayah.