Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Thursday, May 28, 2015

10 hari dalam wad

Salam to all...


(NOTE: draft ni dibuat mase bulan 2 ari tu..cume xdan nak habeh tulis.ni baru la abeh menulisnye)

lama gila x update blog. bz membesarkan anak nan seorang sampai takde masa nak menulis. Hasya dah masok 8 bulan n Alhamdullilah Hasya masih minum susu badan. takde campur ngan formula langsung. botol susu pun dah simpan dalam kotak. langsung tak mau minum botol si Hasya ni.

nak dijadikan cerita, on 24th December 2014.. Hasya kena tahan kad wad pediatrik HKL. alkisahnya..masa tu on the way balik rumah lepas amek nenda Hasya. all of sudden Hasya turns blue..bibir, kaki tangan semua la. dah la mase tu stuck in a jam kat jalan semarak depan pulapol. aku dah panik gila dah. nasib baik adik pikir cepat terus die call 999. Rase macam lama gila je nk tunggu ambulans sampai..orang dah start marah-marah kat polis trafik tu sebab x bagi dorg jalan. Pastu lalu pulak 1 ambulans ni.aku pakai tahan je.sekali tgk ambulans dr Kuantan.dorg pn pelik apehal plak ni.. X sampai 5 minit tu ambulans HKL pun sampai. 

Dalam tu lepas bagi oksigen baru Hasya ok. Terus pegi emergency red zone.hamek kau...bila doctor nak amek darah baru baby ibu ni menangis.aku pulak punye la berlenggang kangkung pergi td sampai phone, purse semua x bawak..ibu yg uruskan semuanye..aku pulak jadi blur and kejung kat situ sebab terkejut.ayah call incik hubby and die la bawak semua benda dari umah.tak tau la berape laju die bawak motor time tu.

Hasya terus admit kat wad kk 6, institut pediatrik. Malam tu fever die terus naik jadi 40. Masok ubat bontot x jalan sebab nye x sampai 5 minit keluar balik. Pastu bagi la ubat air and jerlum si hasya ni.tak tdo lamgsung la sebab risaukan die. Ayah nye dah balik umah. Mula- mula doktor syak meningitis. Doktor tahan lagi untuk observation..

after 3 days she looks better but then her eyes show something else. Her eyes seem like tired and as a mom memang boleh nampak la tu mata baby tak sihat. Dan2 tu jugak amek darah lagi sekali and bukkk!! Bile result keluar her platlet is dropping.. Bayangkan dah tengah malam tu dapat result darah dengan incik hubby xde nye..mule la nak nangis guling kat situ...tengok hasya je nangis. Dari katil row tgh ktorg pindah katil 1 row. Esok nye tu lepas subuh incik hubby sampai. Kebetulan time tu consultant pediatrician buat round. Die kata kenapa dari mula xbuat blood test.buat dh tp xde yg significant result. Consultant tu kata buat thorough test n rapid test for dengue. 

Sekali lagi kami pindah katil. Kali ni depan sekali dekat nurses counter. Kire paling critical cases la yg dok depan tu. Result sampai and sah hasya kne denggi. Tangan n kaki hasya memang penuh dengan kesan jarum amek darah.  Datang specialist terus die suruh masok air 2 botol sekaligus sebab hasya kurang minum susu and kepekatan darah tinggi. Sepanjang kt hospital hasya x mandi pun. Pakai pampers je n jerlum die. Platlet still dropping. Amek darah every 6 hours n setiap kali amek darah tu aku akan pergi jauh dari bilik tu. X sanggup aku dengar anak aku meraung padahal dari katil hasya pn boleh dengar gak lg. 

On new year's eve hasya's blood platlet count dropped to 41. But die dah mule kuat menyusu balik. Tapi ade pulak benda yang buat darah aku naik sampai rase nak lempang orang. Kisahnye..drip hasya tu longgar and air menitik. Aku btau nurse and nurse btau HO. Datang la HO ni dengan muke kerek die. Die cek pastu die pegi sentap ye tempat jarum tu sampai tertanggal jarum tu.melalak la si hasya ni. Kite pun nak tanggalkan jarum sakit ni pulak baby.pastu pakai blah x mintak maaf and x bagi kapas ke or whatsoever nak stop bleeding. Dah la anak aku ni halus.nak amek darah die bukan senang. Mood aku mule xbaik habeh HO lain pn kena sekali. Sampai HO lain yg mintak maaf  kat aku bg pihak dorg. Pagi tu specialist dtg terus aku buat repot. Terkedu specialist tu n die pn mintak maaf jugak. 

Bile platlet hasya dah start naik kami pindah balik ke 1st row..tapi malam tu hasya demam sampai gigil2 n tangan, kaki die bengkak....tak boleh usik pun konfirm melalak. Doctor round pg tu die kata ape ntah benda nye tu aku x ingat and bagi antibiotik. Lupe lak...hasya lepas dah sah kne denggi tu die kena cirit birit la pulak sekali..sampai merah2. Setiap kali tuka pampers kne timbang berat..sebab cherry berry itu maka nye kerap la timbang.

Akhirnye on 2.1.2015 hasya dibenarkan keluar wad. Serik woo...incik hubby bli mosquito patch byk2 tampal kt baju hasya. Nampak nyamuk pun sekarang jadi huru hara. Alhamdullilah..sekarang hasya sihat dah. Cume ibu nye jela pantang nampak nyamok. Seriau dah..

Wednesday, February 11, 2015

Hasya and jaundis

Salam to all...

entry kali ni nak cerita pasal si comel ni kena demam kuning yang quite high jugak reading nye.. disebabkan Hasya ni kategori baby prem lahir-lahir je terus kena cucuk jarum..doctor bagi antibiotik..bayangkan la halusnya tangan hasya tu dicucuk-cucuk jarum.every 12 hours nurse akan amek die bawak g bilik rawatan pastu masok antibiotik. aku dalam bilik boleh dengar die meraung and ngan aku sekali la menitik air mata. sampai sekarang ade lagi kesannya.sedih je bila tengok..

Hasya kena demam kuning or jaundis ni sehari lepas dia lahir. probability untuk baby prem kena kuning memang lagi tinggi dari baby normal. lepas je confirm Hasya kena kuning nurse tu terus bawak machine phototheraphy tu dalam bilik aku. tido la Hasya dalam tu dengan pakai pampers je..boleng je anak ku itu. dengan kecik nye sejuk nye dok macam tu. kadang-kadang bila tak tahan sangat tengok dia macam sejuk je, incik Suami angkat and pelok biar bagi warm. tak pun kami selimutkan je terus. lepas sejam biarkan balik dok bawah lampu

nak dijadikan cerita, 5 ari dok dalam wad 4 ari Hasya dok bawah lampu. Sepatutnya on Sunday kami dah boleh balik tapi sebab lab tutup so result darah Hasya dorang tak leh nak keluarkan on that day. so kami tunggula hari isnin..pagi-pagi lagi aku tanye nurse result dah keluar belom. tak sabar nak balik umah gamaknye. rimas dok hospital lama-lama. but... the result is not as what we expected. result jaundis Hasya very high yang menyebabkan doctor decide Hasya kena masok NICU immediately. huuwaa! dan-dan tu jugak nurse siapkan Hasya untuk g NICU. g je kat NICU terus dorang letak Hasya kat bawah lampu yang lagi kuat dari yang dalam bilik tu. lepas bincang ngan incik Suami we decided that I go home and Hasya tinggal kat wad. tu pun puas la ibu and incik Suami convince aku yang nurse lagi tau jage baby. it's for her own good. kita nak terbaik untuk Hasya. malam tu aku tido dengan cium kain bedung Hasya. huhuhu~

esok tu kul 8 aku dah redy nak g tengok anakku itu. last-last kul 10 gak baru g. sampai je doctor tengah buat round so tak leh tengok lagi. after half an hour aku masok tengok anak kau boleng habeh. pampers pun tak pakai. aku dah mule la menitik air mata...dok dalam berendam air mata tu doctor panggil. dia tanye ni anak puan ke?dia boleh balik dah. elok je doctor cakap camtu terus lap air mata and cium baby. tapi doctor bagi warning gak. sebab nye result Hasya cuma border line je.

Bila Hasya dah balik bermula la rutin ari-ari g klinik untuk amek darah untuk jaundis.disebabkan aku terlampau banyak gerak and gerak agak lasak jahitan episiotomy aku tertetas..tapi lantak la kan. Anak lg penting. macam-macam cara try buat untuk sembuhkan jaundis Hasya. antara yang kitorang buat:

1) Jemur - tak menjadi sebab matahari takde..mendung je
2) anggur hitam - bukan hasya makan ye. aku yang makan. 
3) aloe vera - ni amek gel/lendir lidah buaya tu then tepek kat dahi sampai kering.

alhamdullilah..pakai gel aloe vera tu kurang kuning nye. by day 20, hasya completely clear from jaundis. kat bawah ni gambar hasya yang dok bawah lampu tu.






Friday, September 5, 2014

Me as FPP Hospital Selayang

Salam to all...

Last post ku ade sebut pasal FPP kan? ke takde. kalau takde pun meh la nak cerita. FPP or Full Paying Patient ni sebenar nye pesakit bayar penuh kat hospital kerajaan. as far as I know cuma ada dua je hospital gomen yang ade FPP ni. Hospital Putrajaya and Hospital Selayang. kira nya macam semi government la jugak. kelebihan dia kita boleh pilih pakar kita sendiri and ada fast lane untuk kita bila kita datang nak buat treatment or amek ubat. 

aku tau pasal FPP ni pun lepas buat blogwalking. elok je aku tau aku mengandung mula aku cari tempat untuk bersalin yang incik suami mampu nak afford. hajat memang nak g swasta tapi bila dah dengar mahal bak angg tak jadi la.cari option lain. lagipun ibu dok cakap if ada complication nanti dorang tolak gak g gomen hospital. cari punya cari terbaca pulak pasal FPP ni. tengok-tengokk kat HS ade. kira ngam la dah dekat ngan umah. 

aku mula buat checkup as FPP kat HS masa 14 weeks. buat appointment then kita pilih kita nak Dr. mane. FYI kt HS cuma ada 3 doktor pakar yang mana semua nya lelaki ye. Dr. Roslan which is head of O&G kt HS, Dr. Philip and Dr. Yu. aku pilih Dr. Philip. first time jumpe aku bawak ibu sekali masuk dalam bilik Dr. tu. dia bagi explanation semua memang clear la. ibu pun puas hati dengan explanation dia. 

Ni nak cite pulak pasal wad untuk FPP. masa antenatal class yang aku attend dulu dorang ada bawak tengok kat wad bersalin and labor room. mase nurse tu tunjuk kat level 5 which is level untuk O&G ada 3 wad 5a,5b and 5c. each ward cuma ada 2 je bilik single room yang mana nurse tu cakap memang macam goreng pisang panas la. nurse tu cakap kalau ada FPP patient yang bersalin tapi at the same time single room ada orang dorang akan bagi bilik yang 2 orang tu. 

tapi masa aku bersalin ari tu lepas suami ku register kt PAC labor room tu admin assistant kat situ cakap lepas aku bersalin wad aku nanti kat tingkat 11. dia kata tu new floor khas untuk FPP patient and 1st class patient. but.... dia cakap bilik single tak available ye. ada bilik share 2 orang je tapi suami boleh teman and nak tidor kat situ pun boleh. aku kata ok jela janji incik Suami ade ngan aku. tak mo sorang-sorang. 

sampai je kat wad, dorang letak aku kat katil sebelah ngan pintu. ok gak sebab ruang lagi besar. siap ade sinki. cuma nak g toilet kena lalu katil sebelah la. tapi takde orang pun sebelah katil ku. the room is spacious sampai incik Suami boleh bawak tikar n bantal tido kat bawah. adik-adik pun buat piknik semua kat situ. nurses very helpful and friendly. sampaikan ari tu ada nurse ni siap tolong aku pump susu guna teknik marmet sebab nya dia kesian tengok aku dah bengkak susu and terkial-kial nak buat.ni cerita lain ye.

all in incik Suami kena bayar RM 2,900 untuk 5 ari ku kat ward plus labor procedures and consultation yang aku kira cheap. bilik pun lagi besar dari wad hospital swasta yang ibu duduk mase slipped disk ari tu. untuk anak no 2 nanti pun aku akan pilih untuk jadi FPP lagi. lagi berbaloi dari g swasta yang bayar lagi mahal tapi servis sucks.

ku lupa nak amek gambar la kat dalam wad...sebab bizi  and risau dengan si kecik alya hasya ni. nanti cerita ye. InsyaAllah


Thursday, August 28, 2014

Welcome to the world baby!

Salam to all...

Gila lama post ni dok dalam draft..... baby pun dah masok 2 bulan dah. Mane nye dan nak tulis bila baby ni tak mau tido. Ni baru ade time nak mengarang balik. My daughter was born during my pregnancy reach 36 weeks. So doctor consider dia as premature baby.Dia tak sabar nak tengok dunia. My EDD supposed to be 22.7.2014 but she was born on 27.6.2014. huhuhu~ sebulan tu jauh nye.

Al-kisahnye..malam sebelum tu ku tak tido.penangan world cup kan..so pagi dalam kul 10 tu nak baring la kejap.sekali rasa apehal basah ni. g toilet tapi takde rasa nak kencing. but the water still coming out. dalam kepala dah cakap tak kan ketuban pecah kot. lambat lagi ni due date nye. I take a deep breath and call ibu. ibu kat opis pulak yang panic. punye laju ayah bawak motor sebab within 15 minutes dah boleh sampai umah. lepas call ibu call incik Suami. memula tu dia bising la sebab kacau dia yang baru masok opis. then aku cakap la ketuban dah pecah. dia boleh jawab ok pastu letak phone. ek eleh! pastu dia call balik cakap awak ulang lagi sekali ape awak cakap tadi. so aku ulang. Suamiku amek mase 10 minit nak sampai umah dari Ampang. aku kat umah lak static berdiri kat satu corner je. kang gerak-gerak kang berjejeh pulak air tu satu umah. incik suami sampai start enjin kete, letak barang terus jalan g hospital.

sampai kat Hospital Selayang (HS), nurse tu bawak wheelchair naik g tingkat 5. punye la ramai ibu-ibu nak bersalin. since aku ni takde rasa contraction so aku bagi la kt orang lain dulu untuk nurses tu cek bukaan. bila ade nurse tu lalu die perasan ade air bawah kaki aku terus die panggil nurse untuk check aku and kebetulan memang turn nama aku pun. disebabkan aku ni patient FPP so kena la tunggu M.O datang. bila M.O dah datang dia bagi H.O yang check. bila check bukaan baru 2cm. tu pukul 1 tengah hari tau. aku bosan dok dalam tempat ibu-ibu mengecek tu aku dok luar ngan incik suami. nak tido tak boleh tido. bising. katil pulak penuh. dalam kul 4 Dr. Philip datang nak check aku. dia soh nurse siapkan labor room aku tapi labor room penuh so lepak lagi kat luar. dah masok maghrib baru aku start rasa sakit. Dr. Philip check dia kata still 2cm lagi. erk...nurse pun siap-siap bagi aku drip.5 minit pastu aku kena tolak masok labor room. tengok ctg doktor kata graf jantung baby tak cantik....

Dah kul 9 malam camtu baru aku rasa contraction makin kuat. masa ni ibu dok dalam labor room ngan aku. incik suami balik umah sekejap.bila dah tak tahan sangat aku tanye kat ibu mane incik suami. ibu call tanye die kat mrr lagi..kul 10 malam Dr. Philip datang check then dia cakap opening baru 5cm. incik suami lak muka pun toreh tak berdarah tengok aku tahan sakit berpeluh-peluh tapi still boleh ketawa tengok muka dia. around 11 pm.. Dr. Philip decided that i have to go through c-section which aku memang tak mau. tapi bila tengok monitor ctg dok merah je and my husband give his consent for the sake of our baby aku pun sign la segala kertas nurse hulur. tak daya dah nak baca mana dengan sakitnye lagi.

11.15 pm nurse pun tolak aku nak g operation theatre (OT). ibu yang dok kat luar tengok aku kena tolak dia pulak yang nangis. dah nak masok OT siap-siap cium ibu and incik suami. mintak maaf semua-semua la. lupa nak cakap sebelum masok OT nurse akan tunjuk lagi sekali paper yang kita sign tu. aku angguk je. sakit gila bak angg la time tu. masa Dr. prepare kan anaesthetic tu Dr. Philip check laluan lagi sekali. Then dia tanya really u want anaesthetic? opening dah 9 cm ni. aku kata if possible untuk i normal tak payah la bius. pastu Dr. kata since heart beat baby tak cantik sangat dah so kena la guna bantuan vacuum sebab force push jugak walaupun baru bukak 9cm. 2 kali push Alhamdullilah our baby pun keluar jenguk dunia tepat pukul 0019 Jumaat 27 Jun 2014 bersamaan 29 Syaaban 1435h. seriously masa push tu aku tak ingat langsung ape yang belajar kat antenatal class tu. aku g paut kat tangan nurse sampai merah tangan dia.

Masa baby keluar tu aku tak rasa ape pun maybe sebab dia halus sangat kot. terasa jugak masa Dr. gunting nak buat epi tu tapi tak sakit pun. yang terasa keluar dari perut masa Dr. tarik uri keluar. kalau ikot kan aku tak yah jahit banyak pun. tapi masa Dr. nak jahit tu aku terasa jarum tu cucuk-cucuk.tu yg terangkat bontot sampai Dr. soh cari penahan kaki nk elak aku dok angkat je.dapat la 16 stitches.

Baby lak lepas keluar aku dengar dia nangis sekali je.pastu nurse bawak lari g bagi oksigen.mase nak sorong aku keluar baru dorang tunjuk my precious baby.time ni nangis kot sebab tak caye aku dah jadi ibu.

Post lepas ni ku cerita pasal dok kat ward sampai 5 ari. InsyaAllah.



Tag nama yang ku pakai sampai lunyai tak nampak tulisan


Our precious girl


Muke incik suami yg excited gile sebab dah jadi ayah.