Friday, July 13, 2012

TV Series dulu-dulu

Salam to all...

Tetibe rase tergerak ati nak wat entry pasal dulu vs sekarang. Sebenarnya tergerak lepas baca kat forum pasal tv series yang forummers rindu. tapi aku punye ni lak nak wat part by part. maksudnye aku nak pecahkan lain-lain topik. topik yang dh ada dalam kepale are about TV series, music and games.most probably pasal technology pun ade gak kot. tengok la macam mane. what I mean by past is during the 90's and 2000 - 2004. since aku ni kan lahir zaman 80's.kira dah tua dah la sebenar nye tapi orang ingat aku ni umur baru la 20. ish ish ish~

when i was a kid tv channel tak banyak macam sekarang. sebelum ade ASTRO ade MegaTV.now ade HyppTv jugak. semua channel ni ayah pernah subscribe.sekarang tinggal Hypptv je.sebab nye kitorang dah jarang tengok TV. wat membazir bayar bil ASTRO tapi tak tengok.but then mase kecik i was a couch potato.tengok tv jela keje nye.banyak cerita yang best sampai perna kene rembat ngan ayah sebab tengok tv time maghrib. mase sekolah dulu la.sekarang takde dah. ni cerita yang aku ingat la:

Drama Melayu:

  1. Cinderella (Haliza Misbun and Ahmad Idham. berlakon kat NZ kalau tak salah)
  2. Cinta Korporat (Azhar Sulaiman and Rusdi Ramli.berlokon kat UK)
  3. Cinta Antara Benua
  4. Surah Terakhir (Umie Aida and Sidi Oraza.memang best drama ni)
  5. Selamat Hari Jadi Su (Cerita ni ade banyak. 3 kot.watak nye orang lain-lain tapi semua start dengan Su.ending die mesti tragik.)

cartoon:

  1. Tom and Jerry
  2. Popeye the Sailorman
  3. Pokemon
  4. ALONG (ha ni mesti ramai tau kan? A.L.O.N.G ALONG! ade siti sifir yang pakai spek ajar sifir gune cumi-cumi)
English series
  1. Charmed (tapi tengok sampai Piper dapat anak dengan Leo je sebab aku x suke watak Paige)
  2. ER (George Clooney and Noah Wyle mase mude)
  3. Friends
  4. X-files (aku tak berani tengok and ibu pon x bagi)
  5. Charlie's Angel (Caye x aku sanggup berjaga tengah malam and bukak tv mute sebab nak tengok cerita ni. ni Charlie's Angel original yang 70's punye version.TV2 tayang balik some time ago. ade late Farrah Fawcett yang sexy.)
Latin / Philippines
  1. Rosalinda 
  2. Betty la Fea  (Sanggup ponteng latihan sukan untuk cerita-cerita ni)
  3. Pangako Sayo
  4. Mula Sa Puso
Korea/Japan/Taiwan
  1. With Love (Yutaka Takenouchi yang encem)
  2. Great Teacher Onizuka (Takashi Sorimachi)
  3. Long Vacation
  4. Power Office Girl (Girl Power!!yeah!)
  5. Marmalade Boy
  6. Meteor Garden 1&2
  7. Autumn in My Heart
  8. Beautiful Days (Lee Byung Hun and Choi Ji Woo. meleleh air mata tengok cerita ni.touching~)
  9. My Love Pattzi
Reality TV Show/music show
  1. Fear Factor
  2. Survivor (sampai season 5 je aku tengok.yang 1st sekali wat kat Sabah)
  3. Pop Kuiz ( ni zaman Aznil pakai baju pelik-pelik yang macam freak)
  4. Muzik-muzik (Mase Shamsul Ghau-Ghau and Anne Hamid)
  5. Melodi (zaman Ogy and Apek)
  6. Senario (mase mule-mule keluar)
  7. Sinaran pasport kegemilangan
bagi aku mase aku sekolah punye cerita lagi best compare dengan sekarang. walaupun aku jarang tengok cerita Melayu tapi aku tau banyak beza nya dengan sekarang. cerita sekarang banyak yang cliche even cerita  Korea and Japan pun.balik-balik orang yang sama then cerita pasal family kaya. to tell the truth aku jarang tengok cerita Melayu.yang kat atas tu pun tengok sebab excited nak tengok negara orang.

punye la panjang entry...tapi best kalau ingat balik cerita-cerita ni.orang-orang yang lebih kurang umor cam aku ingat la kot cerita-cerita ni.nanti aku sambung pasal music lak ye. bear in mind that all this are from my point of view. whatever written here is my own personal opinion. no hard feeling.
 
oekh.dah abeh menconteng.tata!

Saturday, July 7, 2012

interview+final exam papers

Salam to all...

lame dah tak update...sume nye sebab final exam ni.for this semester i have to sit for 5 papers.all are business papers.economics, retailing, international business, information system and entrepreneurship. so far i have done with three papers. two more to go! after that i'll be going for my internship and get some migraine for my thesis and reports.hehehehe.

tadi pun baru je g interview with Aeon or previously known as Jusco. well aku memang dah boleh agak yang aku tak dapat job tuh since aku pun tak habeh study lagi. interviewer tu pun terkejut kenape HQ panggil aku yang tak habeh study lagi ni untuk jadi management trainee. but then i just go for the sake of experience. the last time i went for interview is in 2008.hahahaha!punye la lame. after that takde dah. dah pernah praktis gak ngan Dr Cynthia so kurang la ciket nervous nye. 

mase interview tuh ade jugak IQ test, calculation and personality test. then masok jumpe interviewer asking basic uestion la during interview. dah name pun aku tak layak kan...die pun cakap takpe la.proceed je and kalau hasil nye bagus insyaallah die akan forward kan name aku untuk next session of management trainee for next intake.

ade rezeki aku ade la.takde nak wat macam mane.....tapi keje kat bidang retailing ni cabaran la sikit.lagi-lagi orang yang dah nak kawen cam aku ni.tadi pun interviewer tuh kata nak anta management trainee ni g Kulai, Johor.huhuhu~memang la incik Hafiz tuh tak bagi aku gi.he~okeh la...nak wat analisis pasal soklan information system ni...dah la banyak chapter...huhuhhuhuhu~

okeh.dah abeh menconteng.tata!

Monday, June 25, 2012

cari duit~

Salam to all....

ade dalam seminggu kan x update?heee~ Makcik bizi la...sibuk dengan test negotiation and simulation negotiation...huhuhu~Alhamdullillah. All ends well.hopefully i managed to get better marks this time. thanks to  Incik Hafiz for your idea. really appreaciate it. thanx baby! nanti aku upload gambar lepas dari simulation ari tuh ye. 

Abeh simulation aku terus balik KL sebab Jumaat tu kene keje.sabtu pun same. duet dah abeh kan.bile orang bagi kite peluang untuk cari duit kita guna la sebaik nya. takkan la aku nak harap duit ibu je. dh la untuk tunang nanti pakai duit ibu jugak. balik to story...jumaat tu terkedek-kedek la masok opis...sebab Kak Has dah 8 bulan bersalin aku pun tolong la ganti tempat die untuk ALSTOM golf event. dirang panggil name Tournoi de Golf. ingat kan jadi orang wat keje biase-biase..rupe nye kene escort YAM Tunku Naqiuddin.heh? aku pun terkujat la juge. takpe la...do the best i can...rezeki aku la Jumaat ari tuh...baru stat keje  kak Has dah bagi cek..then Jane pulak bagi baju Nike golf yang rege nye aku pun tak mampu nak bayar untuk 1 tshirt. lastly aku dapat call from Aeon (Jusco) nak aku datang for interview as management trainee. aku pun accept jela interview tu.mane tau rezeki aku ke dapat job tu.

Sabtu tu aku pun dengan dihantar oleh incik Hafiz g la kat Glenmarie Golf Club. berdiri je la tunggu Tunku tuh..name pun keje kan..abeh je keje dapat la voucher Jusco rm100.boleh la aku wat g shopping.baju raya tak beli lagi nih. Khamis and Jumaat ni aku keje lagi.kali ni jadi receptionist lak. tak kisah lah.janji dapat duit.bolh gak wat belanje.

as promised..ni gambar-gambar nye ye:













okeh..dah abeh menconteng.tata!


Saturday, June 16, 2012

Novel review: Akukah Juwita





-------------------------------------------------------Sinopsis---------------------------------------------


Minah binti Temon. Kelakarnya nama tu! Klasik campur pelik. Namun, tuan empunya diri menjadi buruan ramai lelaki.

Lelaki pertama - Gaban. Musuh tradisi sekampung! Gaban menggelarnya 'Timun Kecut'. Malah, mereka sering bergaduh setiap kali bersua muka. Namun, dalam diam Gaban amat menyintainya.

Lelaki kedua - Halim. Pun orang sekampung. Berani hantar rombongan meminang untuk Minah. Salah satu sebab yang membuatkan Minah nekad keluar dari kampung dan mencari kerja di Kuala Lumpur, hingga menemukan Minah dengan lelaki ketiga - Rifki.

Rifki, si mamat poyo yang sering mengganggu gugat keharmonian hati Minah dengan usikan-usikan nakalnya. Tambahan pula, emak Rifki sangat berkenan untuk menjadikan Minah sebagai menantunya. Minah pening kepala.

Tak cukup dengan Rifki, datang pula Ukail - budakjahat yang sering merobek hati Minah. Perasaan Minah sering terbuku dengan tindakan dan kata-kata Ukail yang sememangnya mencabar kesabaran Minah. Persoalannya, di antara lelaki-lelaki ini siapakah yang meletakkan Minah sebagai juwita di hatinya?

“Dia bukan mencari seorang perempuan sehebat Siti Khadijah, tetapi cukuplah seorang Juwita yang sudi hidup bersama sepanjang hayatnya dan Akukah Juwita itu?”

-------------------------------------------------End of Synopsis-------------------------------------------

Salam to all.....

Lambat betol aku review novel ni kan? aku beli novel ni dulu mase bulan 1. mase aku nak g umah bakal mertua dulu.hehehehe...aku ni mane boleh nak g mane-mane takde reading material dalam beg.at least mesti ade newspaper.

Reason kenapa aku beli novel ni sebab aku rase name heroin dia unik.lain dari yang lain. yela...sekarang kan orang letak nama watak sampai berbelit lidah nak menyebut.tapi novel ni senang. just Minah binti Temon. kan lain tu.nama watak lain pun senang nak ingat..Gaban @ Aqil, Ukail, Rifki...honestly aku lagi suke watak Gaban dari Ukail.tak tau la nape...watak Gaban tu lagi suits dengan jiwa aku kot.hehehehehe tapi bile bab romantik tu Ukail la menang kan..

kecian gak kat Gaban sebab terpaksa simpan perasaan die untuk Minah...tapi cinta tak boleh dipaksa.ade jugak orang kata kenapa lelaki dengan perempuan tak boleh jadi kawan baik.sebab nye macam Gaban la jadi nye nanti..sendiri kecewa bile orang yang kite sayang cuma anggap kita sebagai kawan baik. istilah sekarang panggil friendzone.

novel ni besh.tak heavy..relax je bace walaupun tebal sikit (644 pages).mase bace ni gakla aku terbayang incik Hafiz aku tu jadi Ukail.hhheeee~ padahal mamat tuh ade je kat sebelah mase bace novel ni.die pun naik pelik nape aku sengih sorang-sorang bace novel ni.

aku bagi 3.5 out of 5 untuk novel ni.

okeh.dah abeh menconteng.tata!


Thursday, June 14, 2012

Intern + EURO

Salam to all...

Sebenar nya kepala aku serabut sangat-sangat.......sem depan dah nak intern...tapi aku tak dapat tempat lagi....tinggal sebulan je lagi ni..yag lain-lain dah dapat dah.aku je lagi yang tak dapat..banyak tempat dah aku anta...bile sume orang dah dapat aku jadi cuak sebab nye aku tak dapat lagi....cane ni.....risau tak berhagak dah aku ni..mane dengan serabut nak final lagi. serabut kepala aku! kalau kat tempat biase tu aku tak boleh masok dah..anak staff mane bleh dok HR.aku nak je anta application lain.tapi aku hesitate.aku taknak ape yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

dalam serabut-serabut pu aku still gak tengk EURO.team faveret aku? mestila Germany. incik Hafiz pulak pilih Holland...tapi based on two previous matches ade harapan Dutch ni balik awal.Lawan Denmark ari tu kalah 1-0.then jumpe Germany semalam kalah gak 2-1. aku memang penyokong German dari aku start pandai tengok bola mase 2002.

Mase tu aku form 3.nak exam sibuk tengok world cup yang held kat South Korea -  Japan. Aku ingat lagi Miroslav Klose score 5 bijik mase lawan Arab Saudi.heh! Sekarang pun Klose main gak lagi.tapi dah jadi kuda tua la...penggantinye Mario Gomez. So far dalam EURO ni Gomez dah score 3 bijik gol dah. hopefully la die fit sampai final nanti. same goes to Mesut Ozil. mamat ni memang menyerlah mase World Cup 2010. BTW, he's a Muslim ye.nampak macam kecik tapi bile kat padang bukan main lagi.  harap-harap kali ni Germany yang menang EURO 2012..walaupun mase final 2 aku ade paper..aku nak tengok gak

untuk yang tak kenal orang-orang yang disebut tu ni gambar-gambar nye:


ni team Germany


ni Mario Gomez


ni Mesut Ozil


and this one Miroslav Klose

terase muda~

Salam to all....

rajin nye shaye update blog ye...takpe-takpe..tengah ade mood kan so update jela  keje nye.kikiki~ actually aku baru je balik dari tengok cite Prosthemeus tuh.ngan incik Hafiz la of course. aku ingat cite tu pasal ape la...rupe nye sci-fi punye genre..memang bukan taste aku..best memang best tapi aku geli la ngan bende pelik-pelik yang tak masok akal ni...aku lagi suke cite action..aku tengah tunggu GI Joe 2:Retaliation kuar..tengok trailer the Expandables 2 pun not bad gak since pelakon die sume hebat-hebat belaka..ade Jason Statham, Slyvester Stallone, Jet Li..

ha back to the topic..kenape aku tulis title terase muda ye? sebab nye lepas 8 taun aku tinggal kan zaman persekolahan akhir nye aku sarung balik baju sekolah untuk presentation retailing pagi tadi. naseb baek la aku muat je pakai baju adik.so dapat la melaram.hahahaha!beza gak la seket rupe mase zaman sekolah dulu.dulu nerd tak berhagak.sekarang seket ayu la.hihihi~ kat bawah ni ade gambar aku dengan baju sekolah.imagine jela muke aku zaman sekolah dulu lagi kurus dari ni...tudung lagi labuh dari yang ni...spek lagi besar dari sekarang and mase sekolah dulu lagi nerd dari sekarang.


ha ni akak2 store assistant n "kakak" shaye...kesian...lagi mude dari shaye tp kene jd kakak


shaye dimarahi oleh cikgu besor BOB....huwaaaaa!


ni lecturer retailing shaye.Miss Zarith Delaila..bln 9 nnt title die tuka jadi Puan

okeh.dah abeh menconteng..tata!

Thursday, June 7, 2012

♥♥♥ memories ♥♥♥

as promised....memories of DKE6B (July 05-Jan 08 - PSA)...miss this time when i'm being the noty me.hehehe


candid final sem class picture. really i miss this time....



final memoir of DKE6B Jan08..not all of us are here.


pemandangan biase dalam lab elektronik


posing before industrial visit


the girls...tengok la baju kilang kitorang.sebijik kan?


together at Angakaspuri


tangan-tangan sibuk siapkan circuit.berselirat wayar....


the original girls of our class jan 06


Dya, Zana, Siti, Nani, Ismah,Aqma n Shu



Management project led by Boss...


some of the guys...


me, Caa n Zana..MPG dinner Jan 08




Arwah Aliff "King of the Night"
Al-Fatihah for u my friend





I do regret some of the things i've done. if i could turn back time surely i'll mend everything.sorry to those people that i've hurt. i wish for the happiness to all of u. live your life and cherished the memories we had together even though we are totally not in the same boat anymore.