Friday, May 18, 2012

Novel review - Isteri separuh masa



--Synopsis--

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti?

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

----------------------------------------------end of synopsis-----------------------------------------------

Ni novel kedua dari Suri Ryana yang aku bace. sebelum ni ISM aku dah bace first baby Suri M.A.I.D. dua-dua novel Suri besh. ISM ni aku bace dari blog Suri lagi (queenlpermaisuri.blogspot.com) . punye la excited nak tunggu new entry sampai kan hari-hari wajib bukak blog Suri. bile Suri kata nak dibukukan lagi la suke.tak sabar tunggu kuar. bile kuar je kat website Kaki Novel immediately order.guess what? dapat gak aku sign dari Suri.hepy3! tak sia-sia excited tunggu novel ni keluar.

okeh-okeh. novel ni cerita pasal Medina Izwani yang cume anak angkat dalam family Nazrin Shah tapi semua tak jadi masalah sebab semua sayang kt Medina ni especially nenek. Tapi Nazrin ni pulak lain.punye la benci kt Medina ni sebab bagi die Medina ni penyebab die tak boleh kawen dengan Zita. Bace sinopsis ye untuk tau lagi.

Dr. Nazrin punye cockiness memang la tahap petala ke 8. nak jugak pertahan kan Zita yang ntah pape tu. sabar jela Medina bile kene tahan telinge yang dah berdesing-desing dengan perlian si Nazrin tu. Si Zafril lak memang psiko. sanggup gunakan orang lain janji die dapat dekat dengan Medina.

Novel ni happy ending.bahasa pun senang nak paham and yang penting correct use of english grammar. aku memang tak suke betol bile ade novel yang nak gune english tapi salah grammar. tolong la check dulu ngan editor. bukan nak kata aku hebat, tapi bile dah grammar salah maksud nye pun dah lari. 

novel ni aku bagi 4 dari 5...

okeh.dah abeh menconteng.tata!

No comments:

Post a Comment