--Synopsis--
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

----------------------------------------end of synopsis-----------------------------------------------------
novel ni aku beli mase bookfair ari tuh.kenapa beli?sebab bace sinopsis macam best. novel ni takde pun dalam senarai yang nak dibeli tapi last-last beli la jugak.mase kat booth Karya Seni tuh pasang-pasang la jugak telinge dengar orang sebelah cakap kat kawan die kata novel ni best. aku pulak jenis senang terpengaruh bile bab novel-novel ni so layan kan je nafsu nak membeli ni.ish3
Novel by Umi Kalsom ni sebenar nye start dari Penulisan2u. dari situ ade publisher interested nak publish. afterall kebanyakan novel yang ade dalam market sekarang datang dari blog. novel ni tak tebal pun.547 page je. 1 ari bace dh boleh habeh (tu pun kalau takde wat keje-keje laen la). Jalan cerita die senang nak paham walaupun cerite kahwin paksa ni sangat la cliche. lagi-lagi dengan cousin sendiri. tapi jenis macam ni la banyak dapat sambutan.
cerite nye pasal Ainnur, asal dari utara sana. die ni sangat-sangat la sayang kat cousin die Ashraf Khairi (Ash) sampai kan orang laen die tak pandang langsung. Ash ni pulak konon la orang yang bandar habeh. banyak sungguh cekadak bile balik kampung. Ash ni memang benci gile ngan Ainnur yang die panggil nenek kebayan. kononnye Ainnur tak layak ngan die sebab Ainnur orang kampung die orang bandar.
nak pendek kan cerite mak Ash ni pinang Ainnur sebab nye die risau Ash ni tak kawen-kawen. Ainnur lak dalam ati dah melompat-lompat suke.macam-macam la jadi masa time tunang tu. wujud watak Faisal and Ain Airina untuk create conflict.
orang kata kalau benci jangan benci sangat-sangat nanti jadi terlebih sayang pulak. tapi tu la yang jadi kat Ash. lepas nikah, baru Ash tau yang Ainnur yang die dok kutuk-kutuk panggil uneducated la, abeh SPM tunggu orang masok meminang la, tau bajak sawah jela rupe nye ade secret yang disimpan. ape jadi pastu? kene la bace ye.
novel ni sesuai sangat-sangat kalau nak wat bacaan ringan or suke-suke nak wat koleksi. bahasa senang nak paham. English grammar dalam novel ni pun betol. pengajaran dari novel ni ialah jangan ingat orang tu anak kampung means that they are not educated. orang yang ade kat bandar je yang cerdik pandai. kadang-kadang orang kampung ni la lagi educated cume diorang low profile je. jangan pandang rendah kat orang, jangan pandang orang setakat luaran je. maybe la die simple and cikai dalam dress up tapi kite mane tau status die.
nak tau lagi pasal cite ni bace la ye. nak pinjam pun buleh. rating novel ni 3.5 from 5.hepy reading.
abeh dah conteng.tata!
No comments:
Post a Comment