Sunday, May 13, 2012

novel review-takdir itu milikku



-SINOPSIS-

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku!

-----------------------------------------end of synopsis----------------------------------------------------

novel ni baru je beli masa book fair ari tu. habis baca semalam mase tunggu usu dalam labour room. ni novel ketiga Siti Rosmizah aku baca. first time baca buku dia tajuk Lafazkan Kalimah Cintamu. Then 7 Hari Mencintaiku. tapi dalam tiga-tiga buku ni aku paling suke Lafazkan Kalimah Cintamu.touching woo baca.

Takdir itu milikku ni cerita nye tentang Dian Zara (sedap nama ni) yang sangat lurus and naif walaupun umur die dah 18 tahun. ayah Dian kahwin dengan adik kepada arwah ibu Dian yang dipanggil Maksu. Maksu/Siah ni kejam nye memang mintak hampun la.kurang ajar nye dengan suami and mak sendiri buat rase mcm nak je masuk dalam buku ni lempang-lempang si Siah ni. 

Dian dikahwinkan dengan Zarif sebab mak si Zarif ni, Datin Munirah nak sangat harta Nek Tuk. Nek Tuk lak sayang sangat ngan Dian. Lepas kahwin, Hidup Dian makin sengsara. memang sakit sangat hati bila baca bab penderaan Zarif kat Dian. bila terjadi satu kejadian, semua benda berubah.....ape dah jadi? sila la bace ye. nak pinjam pun dari aku pun boleh.

Novel ni best gak la. Cume yang tak suke nye bile meleret sangat certain-certain part tu. tapi bile bab dera-dera tu memang hebat.rase macam nak maki hamun and belasah balik je Zarif tuh ngan mak die sekali.

Pengajaran die kat sini jangan ingat langit tu selama nya cerah. hidup ni macam roda. takde gune pun nak berlagak.harta benda tak bawak ke mana kalau hati tak bahagia. lagi satu anak-anak tolong la jangan kurang ajar dengan mak ayah. diorang tu orang paling penting dalam hidup kita. sekali kita wat ibu terluka, murka jugak la Allah dengan kita. baca la dalam novel ni ape jadi kat anak-anak yang langsung tak jaga hati mak ayah.

novel ni aku bagi 3 setengah bintang dari lima. untuk orang yang suke genre pasal family ni buku untuk korg ye. tq.bubye~



No comments:

Post a Comment